...

siapa kata jadi cikgu relax jek?

ok fine, jadi cikgu memang banyak cuti. sbb cuti skolah je dh berbulan-bulan dlm setahun kan.

tapi beban kerja cikgu memang sgt banyak.

contohnya:

saya.

1. setiausaha peperiksaan menengah rendah. kerja saya adalah memastikan peperiksaan dan penilaian berjalan lancar, guru-guru memperolehi keselesaan semasa menyediakan kertas soalan dgn menyediakan kertas omr, staples, stapler, benang, kertas foolscap dan sebagainya, menyediakan analisis keputusan setiap kali peperiksaan (ada 2 peperiksaan dan 3 penilaian setahun, tidak termsauk percubaan spm dan pmr), menyediakan kertas conquerer untuk guru-guru mencetak slip keputusan setiap kali peperiksaan, meronda setiap kelas semasa peperiksaan berlangsung untuk memastikan semua kelas memulakan peperiksaan pada waktunya, menjadi runner pada guru-guru yang terlupa mengambil kertas peperiksaan di bilik peperiksaan, memeriksa setiap subjek supaya kertas peperiksaan wujud sehari sebelum peperiksaan berlangsung, menyediakan sistem analisis peperiksaan untuk guru-guru key-in markah, menyediakan kursus pendaftaran peperiksaan dan pengisian markah kepada guru-guru setiap kali peperiksaan, dan banyak lagi.

2. guru tingkatan. tugas saya adalah menjaga kebajikan pelajar saya, memastikan kelas ceria, mengutip yuran, mengambil kehadiran pelajar setiap pagi, mengisi borang amaran kehadiran.

3. guru kelab kebudayaan.

4. guru rumah keruing.

5. guru penasihat PBSM.

6. guru mata pelajaran. saya adalah berkelulusan pendidikan fizik dan diminta mengajar bahasa inggeris sebanyak 25 waktu. tapi yang ni saya taknak komen sbb mengajar, menanda kertas, menyediakan kertas soalan dan menyemak buku adalah tugas hakiki seorang guru.


belum lagi tugas2 lain seperti ajk buku program dan sebagainya.


dan saya adalah bernasib baik berbanding banyak lagi rakan-rakan guru yang lain. contohnya rakan sebelah meja saya adalah setiausaha peperiksaan, guru kelas dan bendahari PIBG. tidka termasuk tugas2 lain.







saya tak komplen. saya cuma menerangkan.

semoga tidak ada lagi yang mengatakan jadi cikgu adalah mudah. mungkin mudah di sesetengah tempat, tapi bukan di kebanyakan tempat.



sekian.

wishlist 2011.

saya nak buat wishlist tahun 2011. by tahun 2011, i mean this year. yang realistic. bukan nak beli honda stream ke rumah banglo ke sbb tu semua wishlist tahun 2020.

1. saya nak shopaholic the series. semua novel. maka perlu saving untuk beli sbb hari tu tengok kat Harris harga lebih dpd rm200.

2. saya nak harry potter 1 - 7 paperback. saya dah ada semua novel die tapi semua dah hancur lunyai sbb dah bace super banyak kali sampai ade yang dah kembang2 sbb bile puput masuk toilet bawak buku harry potter sbb tak suke melanguk tunggu tanpa buat apa-apa. kalo nak tau puput tu ape tanye buah hati saya suhaina.

3. saya nak semua novel yang dan brown tulis. saya cuma ada 1 je iaitu the symbol. saya nak semua.

3. saya nak semua novel twilight.


oh kenapa wishlist saya semua novel?



4. saya nak handphone baru. specifically nokia c7. tapi sekarang duit adalah sengkek maka kene tunggu duit bayak tapi tatau bila sbb nak beli novel dulu baru beli handphone.

5. saya nak pergi bali dengan boyfriend saya.

6. saya nak jaga kereta saya dengan lebih baik.

7. saya nak belajar sungguh-sungguh supaya boleh dpt dekan semester ni.

8. saya nak jadi teacher yang fun.

9. saya nak masak hari-hari untuk boyfriend saya.

10. saya nak sapu rumah seminggu sekali dan bilik tidur 3 hari sekali. sekarang saya cuma sapu rumah dan bilik pada hari cuti sekali. hari cuti bermaksud public holiday bukan weekend.

11. saya nak berbelanja dengan lebih berhemah dan lupakan iced milo mcdonald dan iced caramel latte dunkin donut.

12. saya nak belajar buat chicken chop.

13. saya nak...

..

..

..

..

baby.

tak kisahlah lelaki ke perempuan ke kembar ke. asalkan sihat sempurna dan senang melahirkan.



semoga saya boleh capai semua wishlist saya.




amin.