makanan.

hari ni nak post banyak gmbr makanan.


 yang ni masak untuk sorang. popia ayam+carrot + kobis. masak inti skeeetttt je cukup2 untuk wrap 3 popia.


yang ni makaroni goreng. teringin. masakla walaupun makan sorg. sedap la jugak, smpi nak makan masa sahur. so masa sahur panaskan, makan sepinggan. sorang2 jugak. sudahnye pas subuh muntah2 teruk. hari tu pulak 7 masa. smpi pukul 11.30, sakit kepala berdenyut2 sebab haus sgt2. maka terkorbanlah puasa ku hari itu.. khamis minggu lepas rasanya. punahla cita2 nak puasa penuh tahun ni =( tapi kesian baby. kalo kite penat2 takut die pulak problem. huhu.


yang ni nasi lemak. masak hari sabtu lepas, untuk suami makan. im currently mcm sgt suka nasi lemak ni, tatau nape ntah, jadi hari2 buka nasi lemak pun takpe. tapi simple je la. ade ikan bilis dgn kacang tapi tak letak sbb i tak suke. hehe. eh, ade ke org makan nasi lemak dgn salad? huhu. bedal je la labu.


yang ni berbuka pertama tanpa suami di sisi *sobs* mcm malas masak kan. tapi bila tengok balik mcm meriah pulak. huhu. nasi goreng udang.


yang ni mak encik ni teringin tahap cipan makan nasi lemak, jadi sanggup masak walaupun makan sorg. huhu. dgn sambal sotong. puas hati. lagi pun takut nak makan makanan bazar...... =( terpaksa la masak. sedapnya nasi lemak lembik2... mcm nak makan lagi hari ni.

mlm tadi tak boleh tido, sbb perut memulas2. sudahnya pg skolah dgn langsung takde mood hari ni... nasib baik cuma 3 masa. habis je skolah kite nak balik tido. ingatkan nak masak bubur je.. tapi tengok nasi lemak ni mcm rasa nak buat nasi lemak la pulak. timun: check. sotong: check. cili kering: check. santan paket: check. ok lah tu. kite suka guna santan paket sbb bau die lagi sedap. santan kotak mcm takde bau sgt. santan perah, err rumah kite takde pun penapis santan tu. huhu.

see you again la when i see you. babai.