assalamualaikum.
apa itu adil? ok fine, kalo dari segi bahasa, adil memang bererti sama rata. tidak berat sebelah. tapi betul ke sama rata tu adil?
for example, 3 org adik beradik. 6 biji epal. A tak suka epal. B sakit perut kalo makan epal. C pulak memang hantu epal. adilkah kita kalau kita bagi epal 2 biji seorang, knowing that only C will eat both apples, A memang takkan makan langsung, B masuk hospital lepas makan epal. adilkah kita?
ataupun kita dah berlaku zalim dengan memudaratkan B dan tidak mengambil kira kesukaan A?
sebab tu, dalam Islam, adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. maksudnya, kalau A suka anggur, B suka oren, C suka epal, kita berikan mereka buah kegemaran mereka. 2 biji seorang. itu lebih adil berbanding membelikan semua epal dan end up cuma seorang yang makan. so much for fair and equality.
sama jugak konsep dengan sekolah. pelajar. saya tetap rasa untuk berlaku adil, kita tidak melayan murid secara sama rata. pelajar yang baik takkan kita nak marah sama dengan pelajar yang biadap kan? tu dah berlaku zalim, which by definition, is a complete opposite of adil. pelajar yang perlukan perhatian lebih dgn pelajar yang dah pandai, kan berbeza perhatian kita? itu tak bermaksud kita tak adil. malah itu lebih adil lagi berbanding perhatian yang sama rata menyebabkan kita menzalimi pelajar yang kurang pandai tadi.
kerja. memang nampak tak adil bila kita nampak asyik kita yang buat buku program (sebagai contoh sahaja. im totally fine with that. its what i love to do). orang lain rileks je buat persiapan tempat, uruskan pelajar. tapi tanpa kita sedari, mungkin asyik kita buat buku program because we're good at that. orang lain buat teks ucapan because they're good at that. cuba bagi saya buat teks ucapan. memang lah akan memalukan diri sendiri dengan ke'loser'an penguasaan bahasa melayu saya. kan dah zalim namanya. but im good with publisher. so its only fair la kan bila kita diberi tugas yang kita boleh buat.
jadi kesimpulannya kat sini, janganlah asyik compare je dengan org lain. memang lah kita tak akan bersyukur. kata orang tu tak adil, orang ni tak adil. padahal orang tu dan prang ni dah berusaha bagi tugasan seadil-adilnya. cikgu tu dan cikgu ni dah berusaha bagi perhatian seadil-adilnya.
bukankah adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya?
salam ramadhan. =)



