entry makanan di bulan puasa.

assalamualaikum.

setelah sekian lama tak update, hari ni nak tulis pasal makanan.

boleh dikatakan sepanjang puasa hampir hari-hari masak untuk buka puasa. sebab rasa macam tak lalu nak makan makanan yang beli kat bazar, plus boyfren pun lebih prefer makan masakan rumah. macam-macam menu dah rasanya, tapi memang confirm2 la yang simple, mana la kita pandai masak nasi beriyani bagai kan. tapi cuma 3 gambar ni je yang sempat diambil, sebab selalunya siap masak dah pukul 7.00 lepas tu sibuk nak hidang nak mandi nak buka memang tak sempat la nak ambil gambar. so there you go.






ini oreo cheesecake. buat hari sabtu lepas dgn my sister in law. boleh la. rase la cheese cake. untuk first attempt, boyfren kita bagi 75%. hehe.

ini lauk berbuka semalam. ayam masak lemak cili api ( boyfren request dpd hari jumaat hari tu), bendi goreng cili api, dengan sambal telur puyuh. terus sampai ke sahur. malas masak banyak kali.



yang ni bila punya ntah hari tu. dalam minggu lepas la. saja gatal nak buka puasa western. jadik la jugak.... chicken chop dgn black pepper sauce, with chips, coleslaw and scrambled eggs. scrambled eggs tu takde dalam plan pun, sebenarnya lebihan celup ayam sebelum goreng tu. sayang nak buang. buat la scrambled eggs.


hari ni tatau nak masak apa.


okeh tu je. sekian.

adilkah kita?

assalamualaikum.


apa itu adil? ok fine, kalo dari segi bahasa, adil memang bererti sama rata. tidak berat sebelah. tapi betul ke sama rata tu adil?

for example, 3 org adik beradik. 6 biji epal. A tak suka epal. B sakit perut kalo makan epal. C pulak memang hantu epal. adilkah kita kalau kita bagi epal 2 biji seorang, knowing that only C will eat both apples, A memang takkan makan langsung, B masuk hospital lepas makan epal. adilkah kita?

ataupun kita dah berlaku zalim dengan memudaratkan B dan tidak mengambil kira kesukaan A?




sebab tu, dalam Islam, adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. maksudnya, kalau A suka anggur, B suka oren, C suka epal, kita berikan mereka buah kegemaran mereka. 2 biji seorang. itu lebih adil berbanding membelikan semua epal dan end up cuma seorang yang makan. so much for fair and equality.

sama jugak konsep dengan sekolah. pelajar. saya tetap rasa untuk berlaku adil, kita tidak melayan murid secara sama rata. pelajar yang baik takkan kita nak marah sama dengan pelajar yang biadap kan? tu dah berlaku zalim, which by definition, is a complete opposite of adil. pelajar yang perlukan perhatian lebih dgn pelajar yang dah pandai, kan berbeza perhatian kita? itu tak bermaksud kita tak adil. malah itu lebih adil lagi berbanding perhatian yang sama rata menyebabkan kita menzalimi pelajar yang kurang pandai tadi.


kerja. memang nampak tak adil bila kita nampak asyik kita yang buat buku program (sebagai contoh sahaja. im totally fine with that. its what i love to do). orang lain rileks je buat persiapan tempat, uruskan pelajar. tapi tanpa kita sedari, mungkin asyik kita buat buku program because we're good at that. orang lain buat teks ucapan because they're good at that. cuba bagi saya buat teks ucapan. memang lah akan memalukan diri sendiri dengan ke'loser'an penguasaan bahasa melayu saya. kan dah zalim namanya. but im good with publisher. so its only fair la kan bila kita diberi tugas yang kita boleh buat.





jadi kesimpulannya kat sini, janganlah asyik compare je dengan org lain. memang lah kita tak akan bersyukur. kata orang tu tak adil, orang ni tak adil. padahal orang tu dan prang ni dah berusaha bagi tugasan seadil-adilnya. cikgu tu dan cikgu ni dah berusaha bagi perhatian seadil-adilnya.


bukankah adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya?







salam ramadhan. =)




---


saya rindu fizik.





saya depressed jauh dengan fizik.





saya nak merajuk tak dapat ajar fizik.




syukur.

He gave me you for a reason.

a lot, really.

and i really should be thankful for that.

and for so many other things He gave me.

many.

many.

many.

many.

many.








i feel so small.






alhamdulillah.





@ work.


wanna see how my table looks like at 1.49pm?



1. printer canon 3-in-1. selain memprint (is that even a word??), tugas utamanya juga adalah memfotostat kertas soalan secara emergency apabila kertas soalan hilang tak dapat dikesan 15 minit sebelum exam bermula T_____T

2. laptop kesayangan kecintaan kebucukan.

3. lunch. milo + weetameal. untuk bekalan sebelum ke meeting pukul 2.45 nanti.

4. koleksi teacher's stamp and my name's stamps. calculator (td kira markah latihtubi). stapler (tatau kenapa terkeluar dpd pencilcase). pen merah (sbb tengah menanda buku kerja).

5. rak untuk meletak buku2 latihan pelajar yang dah tak muat dok atas meja.

6. pencilcase bagak. bagak bererti besar. ada lagi satu pencilcase lagi superbagak bawak ke kelas (tiada dlm gambar)

7. buku latihan + buku rekod. baru balik dari kelas belum sempat letak balik semua buku kat rak.

8. buku yang belum ditanda.

9. buku yang sedang ditanda.

10. buku yang telah ditanda.

11. folder keputusan pelajar (yang sepatutnya sudah dihantar ke bilik kaunseling tapi ntah bila nak hantar tataula)

12. handbag buruk dah koyak tertetas hukum wajib beli handbag baru.

13. air kosong. sebagai cikgu harus banyak minum air kosong ye adik2.





ni masa kemas la ni. selalunya kalau nak balik kita memang biar atas meja kosong. tapi sbb sekarang ni banyak sangat buku nak ditanda (pemantauan @__@) maka meja akan terbiar begini selama berminggu-minggu.



oklah nak habeskan lunch siapkan tanda buku pastu nak masuk meeting.


assalamualaikum.




ps: sambil tengok harry potter sebenarnya wawawawawa~

rindu.


4 things that i miss the most:

1. ikea fish and chips. sodap.

2. ikea meatball 10 pieces. of kos la sume org tau sedap kan.

3. ikea coffee. sukatan yang sedap: 2 1/2 sugar, 2 creamer. 5 kali refill okeh (2 org minum la). tips: beli satu jek. boleh refill ikot suka. yang penting kene parking dekat dgn stesen air. heh. jimat.

4. and of kos la my darling Hubs <3 <3 <3

saya depressed.



sape kate lipat baju tak depressing?

being born with an aunt who has a laundry, ive grown to be a particular fussy nyonya when it comes to cloth folding. tapi sikap perfectionist itu adalah tidak relevan apabila baju yang perlu dilipat adalah hasil dari 4 trip basuhan T_______T tapi dah jadi habit kan, jadi kita sangat lah lambat bila melipat baju. pastu bila hubby nak tolong kita mesti hep-hep-jangan-kaco-abang-lipat-tak-cantik lalu hubby pun bawa diri pergi main football manager.

pukul 8.30 start, pukul 11 baru siap.


tensen tensen. i hate hate hate sungguh la melipat baju ni *padahal baju aku la yang paling banyak kat situ*

ok ciau esok sekolah.

entry penat.

today is tuesday.

the second day of the week.

yet i feel super exhausted already................

and we're working until saturday this week.





maaaakkkk.....tamo jadi cikgu dah....penaaat....... =(








hep hep. sabar. ikhlas. redha.

baru dapat pahala. kerja awak tu mulia.

result sem 1.


alhamdulillah.....syukur ya Allah..

kita betul2 ingatkan dapat cukup2 makan jek tau kali ni. memang susah sangat bekerja sambil belajar. bila ada program kat sekolah, kene ponteng kelas. siapkan assignment sampai tak tido malam. ok tipu, tido malam macam biasa jek, tapi setiap kali nak hantar assignment memang kalut la nak menyiapkan. dengan seminggu 3 kali ulang-alik utm. alhamdulillah la walaupun result tak la setinggi mana (dengan satu subjek dpt B- cukup2 makan sobsob), masih lagi result yang strong. semoga semester depan dapat result yang lebih baik lagi.


assalamualaikum.

that should be me..

Everybody's laughing in my mind,
Rumors spreading 'bout this other guy,
Do you do what you did when you did with me?
Does he love you the way I can?
Did you forget all the plans that you made with me?
'cause baby I didn't...


That should be me holding your hand,
That should be me making you laugh,
That should be me,
This is so sad,
That should be me,

That should be me..

That should be me feeling your kiss,
That should be me buying you gifts,
This is so wrong,
I can't go on,
Till you believe that that should be me


That should be me..

You said you needed a little time for my mistakes,
It's funny how you used that time to have me replaced,
Did you think that I wouldn't see you out at the movies
What are you doing to me,
You're takin' him where we used to go,
Now if you're trying to break my heart,
It's working 'cause you know that...

That should be me holding your hand,
That should be me making you laugh,
That should be me,
This is so sad,
That should be me...

That should be me...

That should be me feeling your kiss,
That should be me buying you gifts,
This is so wrong,
I can't go on,
Till you believe that that should be me

I need to know should I fight
For our love for this long
It's getting harder to shield this pain in my heart...


That should be me giving you flowers
That should be me talking by hours


Never should've let you go..
I never should've let you go..
That should be me.. <3
Never should've let you go..
That should be me....

pain.

2.55 pm
23th of june 2011.


stomach problem again. i think there must be some problems with my kidneys because that area feels so uncomfortable.

by calculations, there's no way im pregnant. but my period is not regular so, i don't know. ive tested with upt a week ago, though. and the result was kinda screaming to me. the negative line was so clear so im pretty sure im not carrying a human being inside me.

so i think this is gastric all over again. with all the vomitting, the weakness, the oversleeping, the fatigue. ive been through this a few times before. the symptoms are all the same. but the location of the pain is different.

i feel full, you know. like all the time.

its like period cramp. same place, same feel. wrong time.




what on earth is happening to me?

going home now. i dont want to throw up at school. there'll be so many speculation and i hate answering those questions.



ciao.

melalut pagi-pagi buta.

assalamualaikum.

hari ni kita pergi sekolah drive sendiri, setelah sekian lama dihantar dan diambil oleh boss (note: boss ye bukan driver). sebab semalam kita pg beli 2 carton 7 up revive untuk hari sukan ni. bukan untuk cikgu, untuk atlit. jadi hari ni kena la drive sendiri sebab susah pulak lah nak angkat2 air gedabak berat nak mam tu pagi2 kan. lagipun hubby kata jangan angkat sendiri. dia sekarang ni langsung tak bagi kita angkat benda berat. tak kasi penat2. memang la kadang2 tu rasa berbunga2 (kembang hidung jap) tapi sebab kita dah biasa buat semua sendiri tiba-tiba kena tunggu dia untuk angkat barang semua kadang2 adalah sedikit melecehkan. tapi takpela. tu maksudnya dia sayang kan. heh. nanti nak kerah budak badan besar2 soh pi angkat air gedabak tu masuk bilik guru.

pagi ni breakfast kek coklat dengan air kopi. tiba-tiba hubby request air kopi pulak. hari-hari kita buat air teh jek sebab senang kan. kopi nak kena tapis2 semua. air teh ha campak je la teabag tu dengan gula 2 sudu pastu tuang air panas. siap. ha. kalau korang datang rumah kita orang kan memang la minum teh tawar sebab kita orang memang bukan hard core air manis. manis-manis buah je kan. pastu hubby kita senang jek breakfast dia. bagi la dia cornflakes dengan susu. pastu buat air panas satu jag. dia makan cornflakes dengan kita sebelum kita pi skolah pastu dia minum air panas sebelum dia pi lab. senang je. cuma kalau weekend yang kita tak berkejar nak pi sekolah, kita masak la nasi goreng ke mee goreng ke jemput-jemput ke kan.

hari ni bangun pukul 6.20. ok hari-hari pun bangun pukul 6.20. belum ada anak lagi boleh la kan. nanti kejap lagi kalau ada anak memang selamat la kalau bangun lambat tak pi sekolah la. takpe. enjoy la bangun lambat selagi ada masa. hubby pun tak bising. kalau weekend tu memang selamat la kita bangun lagi lambat dari dia. hehe.

okay dah habes melalut. nanti kalau free kita sambung lagi. sekarang nak masuk 5st1 dgn 5st2 relief pj. apa la den nak buek ni. haih.


assalamualaikum.

kira hari.

tak sabar tunggu weekend sebab:

1. nak kemas rumah yang sikit lagi dah rupa kapal karam.

2. nak lipat baju yang timbun2 cam gunung.





assalamualaikum.

tiba-tiba.

1. suka pulak tengok background putih terang benderang ni. terbeliak mata tengok.

2. now its 11.05 pm and i just woke up from a 2-hour-sleep. pastilah susah nak tido lepas ni.

3. on my third day for 14-day-nestle bliss challenge.

4. esok tak masuk sekolah. kena pg PPD untuk pengumpulan data SAP. hopefully habes awal. boleh balik awal.

5. teringin makan pavlova.

6. both of us sekarang sakit tekak, selesema, batuk. sindrom balik dari redang.

7. deep inside dalam hati......... takpelah.

kadang-kadang kita terfikir.

lately memang takde banyak post. selalu dah type halfway pastu lupa apa nak tulis.

tadi pukul 8 mcm biasala hubby tengok berita. since kawen ni kita memang terjebak la tengok berita sekali sbb hubby memang tiap2 hari tengok. jadi up to date la kita sekarang ni dengan current issues.

tapi bukan berita hari ni yang kita nak cerita sangat.

lepas tengok situasi negara, from all aspects la kan, kita terfikir beberapa perkara. *cewah macam serius jek bunyik padahal sebelum ni ignorance gila kan*

1. kadang2 kita rasa TV3 ni macam ada sikit berat sebelah, bias la. fine la kalo nak support kerajaan ke apa kan, tapi rasa macam teruk betul the other side tu kena. saja je siarkan berita yang buat orang2 sume rasa macam the other side tu loser la defensive la sume kan. my cousin kata bagus kalo ada tv untuk the other side tu. so that rakyat boleh dengar dua2 side kan.

2. kita rasa pelik dengan orang yang komplen subsidi kurang tapi malas bayar cukai. tatau ke subsidi tu nak kena pakai banyak duit? contohnya baru2 ni kan tariff elektrik naik kan. sebelum ni murah jek kot. tah la. tapi kalo ikot gross calculation kita yang add maths hancus ni kan, kalo la orang macam kitorg ni, elektrik sebulan rm15, free jek kan tak payah bayar. kalo ada 1 juta keluarga macam kitorang, tak ke dah rm15 juta kerajaan bayarkan? sebulan. kalo 2 bulan? setahun? tu baru elektrik. nak maintain negara memang susah. kita memang tak berapa faham la benda macam ni, tapi kalo ikot logik, tiap2 bulan belanja rm15 juta bayar bil elektrik rakyat, tauke balak pon boleh bankrap woh.


jadi kesimpulannya, kita bersyukurlah dengan apa yang ada. kalau kita asyik comparekan dengan orang yang lebih senang dari kita, negara yang harga minyak lebih murah dari kita, sampai bila kita nak bersyukur? cuba kita tengok singapore je la for example kan, negara kecik cenonet jek, tapi cost of living antara sepuluh yang tertinggi kat dunia. indonesia for example, ada masyarakat majmuk jugak macam kita, tapi some parts of it tak aman, bergaduh sesama sendiri, rakyat miskin terlampau bersepah2. cuba compare sume tu dengan negara kita. barulah kita boleh bersyukur dengan anugerah Tuhan yang tak ternilai ni.



teringat kata2 sape tah kat berita semalam. kalo nak hantar memorandum tak payah la buat demonstrasi. perhimpunan haram. buat je appointment dengan istana. ha. kan senang. aman damai. hidup fikir benda susah2 buat apa. *okay yang last tu kita tambah sendiri*


tapi im neither here nor there la kan, kita tak pernah mengundi pon, masa last time election tu belum cukup umur. ni pandangan peribadi kita je. takde niat pun nak kutuk sape2 ke ape2 kan. *tapi sekarang dah daftar mengundi okay, cukup umur je terus daftar.a good citizen i am*


sekian. assalamualaikum.

a mixture of feelings.

hurt. frustrated. sad. happy. satisfied. tired. hopeful.


truthfully, i am happy. i am. really. but somehow, deep inside, it kinda hurts.


and quite honestly, i dont know why it hurts a lot. because it should not. it cant hurt like this. it is not supposed to hurt like this.


but it did. and still does.


and it, this feeling, sucks.






*dont mind me. this is the hormones talking.


somehow.

Kosong hidupku tanpamu
Cermin ku membayang bayanganmu
Pameran kasih ku layu
Tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkan ku dalam anganmu
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
Tewasku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biarku ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang telah ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi
Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita tiada jalan penyambungnya
Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin


*tiba-tiba rasa touching pulak dgr lagu ni.

bleh scratch dah 1 item dlm wishlist.

ta ta da da~











terima kasih sayang. =))))))

...

siapa kata jadi cikgu relax jek?

ok fine, jadi cikgu memang banyak cuti. sbb cuti skolah je dh berbulan-bulan dlm setahun kan.

tapi beban kerja cikgu memang sgt banyak.

contohnya:

saya.

1. setiausaha peperiksaan menengah rendah. kerja saya adalah memastikan peperiksaan dan penilaian berjalan lancar, guru-guru memperolehi keselesaan semasa menyediakan kertas soalan dgn menyediakan kertas omr, staples, stapler, benang, kertas foolscap dan sebagainya, menyediakan analisis keputusan setiap kali peperiksaan (ada 2 peperiksaan dan 3 penilaian setahun, tidak termsauk percubaan spm dan pmr), menyediakan kertas conquerer untuk guru-guru mencetak slip keputusan setiap kali peperiksaan, meronda setiap kelas semasa peperiksaan berlangsung untuk memastikan semua kelas memulakan peperiksaan pada waktunya, menjadi runner pada guru-guru yang terlupa mengambil kertas peperiksaan di bilik peperiksaan, memeriksa setiap subjek supaya kertas peperiksaan wujud sehari sebelum peperiksaan berlangsung, menyediakan sistem analisis peperiksaan untuk guru-guru key-in markah, menyediakan kursus pendaftaran peperiksaan dan pengisian markah kepada guru-guru setiap kali peperiksaan, dan banyak lagi.

2. guru tingkatan. tugas saya adalah menjaga kebajikan pelajar saya, memastikan kelas ceria, mengutip yuran, mengambil kehadiran pelajar setiap pagi, mengisi borang amaran kehadiran.

3. guru kelab kebudayaan.

4. guru rumah keruing.

5. guru penasihat PBSM.

6. guru mata pelajaran. saya adalah berkelulusan pendidikan fizik dan diminta mengajar bahasa inggeris sebanyak 25 waktu. tapi yang ni saya taknak komen sbb mengajar, menanda kertas, menyediakan kertas soalan dan menyemak buku adalah tugas hakiki seorang guru.


belum lagi tugas2 lain seperti ajk buku program dan sebagainya.


dan saya adalah bernasib baik berbanding banyak lagi rakan-rakan guru yang lain. contohnya rakan sebelah meja saya adalah setiausaha peperiksaan, guru kelas dan bendahari PIBG. tidka termasuk tugas2 lain.







saya tak komplen. saya cuma menerangkan.

semoga tidak ada lagi yang mengatakan jadi cikgu adalah mudah. mungkin mudah di sesetengah tempat, tapi bukan di kebanyakan tempat.



sekian.

wishlist 2011.

saya nak buat wishlist tahun 2011. by tahun 2011, i mean this year. yang realistic. bukan nak beli honda stream ke rumah banglo ke sbb tu semua wishlist tahun 2020.

1. saya nak shopaholic the series. semua novel. maka perlu saving untuk beli sbb hari tu tengok kat Harris harga lebih dpd rm200.

2. saya nak harry potter 1 - 7 paperback. saya dah ada semua novel die tapi semua dah hancur lunyai sbb dah bace super banyak kali sampai ade yang dah kembang2 sbb bile puput masuk toilet bawak buku harry potter sbb tak suke melanguk tunggu tanpa buat apa-apa. kalo nak tau puput tu ape tanye buah hati saya suhaina.

3. saya nak semua novel yang dan brown tulis. saya cuma ada 1 je iaitu the symbol. saya nak semua.

3. saya nak semua novel twilight.


oh kenapa wishlist saya semua novel?



4. saya nak handphone baru. specifically nokia c7. tapi sekarang duit adalah sengkek maka kene tunggu duit bayak tapi tatau bila sbb nak beli novel dulu baru beli handphone.

5. saya nak pergi bali dengan boyfriend saya.

6. saya nak jaga kereta saya dengan lebih baik.

7. saya nak belajar sungguh-sungguh supaya boleh dpt dekan semester ni.

8. saya nak jadi teacher yang fun.

9. saya nak masak hari-hari untuk boyfriend saya.

10. saya nak sapu rumah seminggu sekali dan bilik tidur 3 hari sekali. sekarang saya cuma sapu rumah dan bilik pada hari cuti sekali. hari cuti bermaksud public holiday bukan weekend.

11. saya nak berbelanja dengan lebih berhemah dan lupakan iced milo mcdonald dan iced caramel latte dunkin donut.

12. saya nak belajar buat chicken chop.

13. saya nak...

..

..

..

..

baby.

tak kisahlah lelaki ke perempuan ke kembar ke. asalkan sihat sempurna dan senang melahirkan.



semoga saya boleh capai semua wishlist saya.




amin.